Sunday, 29 May 2011

Piya Wira Red Warriors


KELANTAN kembali mendahului persada Liga Super dengan kelebihan jaringan selepas mengutip mata penuh mengatasi Pahang 1-0, sementara pendahulu sebelumnya, Terengganu tersentak apabila tewas 0-1 kepada Kedah di halaman sendiri, malam tadi. Kedua-dua pasukan mengumpul 47 mata tetapi skuad kendalian Datuk M Karathu merampas puncak liga atas kelebihan jaringan - 46 gol berbanding anak buah Irfan Bakti Abu Salim yang hanya meledak 45 gol. Perbezaan jaringan dan bolos kedua-dua pasukan turut terikat pada 26 gol.


Jaringan ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi (Piya) pada minit kelapan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, sudah cukup untuk membantu tuan rumah merampas kembali kedudukan teratas yang terlepas ke tangan Terengganu, Rabu lalu. Norshahrul Idlan Talaha berpeluang menambah jaringan pada minit ke-24 apabila pengadil menganugerahkan sepakan penalti selepas Nurul Azwan Roya dijatuhkan dalam kotak penalti, tetapi pemain dengan jolokan Mat Yo itu gagal menyempurnakan sepakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...