Sunday, 1 May 2011

Peluang Chelsea Masih Terbuka



Chelsea terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Manchester United apabila merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Tottenham Hotspur.
Dua gol Chelsea itu bagaimanapun dicemari kontroversi keputusan pengadil.
Kem The Blues terlebih dahulu cemas selepas rembatan deras pemain tengah pelawat, Sandro menerjah gawang Chelsea.
Namun tangkapan tidak kemas penjaga gol Spurs, Heurelho Gomes menyebabkan cubaan luar kotak penalti Frank Lampard membolosi celah kakinya. Rakaman ulang tayang bagaimanapun membuktikan bola tersebut belum bergolek melintasi garisan gol ketika diselamatkan Gomes.
Pengadil tetap mengesahkan gol tersebut untuk separuh masa pertama berakhir 1-1.
Salomon Kalou memastikan Chelsea meraih tiga mata selepas berjaya menolak masuk umpanan Nicolas Anelka sekalipun kem Spurs mendakwa penyerang tersebut dalam keadaan ofasid.
Blackpool berada di jurang satu anak tangga di zon bahaya selepas terikat 0-0 dengan Stoke City. Skuad Ian Holloway itu hanya dipisahkan dengan perbezaan gol selepas seteru terdekatWigan Athletic yang dikecewakan sepakan penalti Everton pada minit terakhir perlawanan untuk seri 1-1.
Blackburn Rovers meraih kemenangan pertama sejak tiga bulan lalu apabila menang tipis 1-0 ke atas Bolton Wanderers.
Beraksi dengan 10 pemain tidak menghalang West Brom bangkit untuk menumpaskan Aston Villa 2-1.
Sumber daripada AFP.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...