Monday, 16 May 2011
Terengganu Semakin Hampir
Terengganu semakin hampir untuk menamatkan penantian kemarau selama 10 tahun untuk mengucup sebarang trofi.
Namun, Irfan Bakti belum terasa bahang perlawanan akhir Piala FA sambil menegaskan anak-anak buahnya masih memiliki setidak-tidaknya baki 90 minit untuk diharungi.
Terengganu dilihat berada sebelah kaki di pentas akhir susulan kemenangan 3-2 ke atas Pahang Sabtu lalu serta turut memiliki kelebihan berdasarkan jaringan di tempat lawan.
Sungguhpun ketinggalan 2-0, Sang Penyu nyata tidak mudah patah semangat apabila bangkit menghukum kealpaan benteng pertahanan Tok Gajah untuk membawa bekalan beraksi di stadium keramat, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu.
Tegasnya, apa yang telah dilalui pasukannya sebagai satu pelajaran serta mengingatkan para pemainnya agar tidak mengambil ringan cabaran Pahang tanpa dipengaruhi kedudukan Liga Super jika mereka berhasrat untuk mengulangi pencapaian 2000.
Penyerang skuad Peteh, Abdul Hadi Yahya yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan kembali menjadi tumpuan utama dalam pertemuan kedua selepas beraksi agak hambar sebelum ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment