Wednesday, 18 May 2011

Platt: "City Perlu Beli Pemain Berkualiti"


MENEMPUH minggu paling berjaya dalam sejarah Manchester City, pembantu jurulatih pasukan itu David Platt beranggapan kelab itu sepatutnya mula meninjau pemain terbaik dunia. City yang menjuarai Piala FA sabtu lalu dan menamatkan penantian 35 tahun tanpa trofi, turut menempah slot ke saingan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Spurs, Selasa lalu.


Dan skuad Roberto Mancini mampu memintas Arsenal di tangga ketiga Liga Perdana andai mereka menewaskan Stoke dalam perlawanan terakhir musim, seterusnya mengelak pusingan play-off dan terus beraksi dalam peringkat kumpulan saingan tertinggi kelab Eropah itu.


Dengan pelaburan mencecah 300 juta pound (RM1.4 bilion) sejak 2008 serta pemain berkaliber seperti Carlos Tevez, Edin Dzeko dan Yaya Toure, Platt berasakan City kini mampu menarik nama lebih besar termasuk Kaka yang pernah menolak tawaran 100 juta pound (RM480 juta) pada 2009, sekali gus meningkatkan kualiti pemain di Eastlands musim depan. 

“Memenangi sesuatu dan lebih penting dapat merebut tempat ke Liga Juara-Juara membuatkan City kini mempunyai daya tarikan di kalangan pemain. 

“Harap-harap kami berjaya musim panas ini tetapi perlu mensasarkan pemain yang boleh menambah kualiti dan keseimbangan,” kata Platt.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...