Thursday, 26 May 2011
Terengganu Ambil Alih Teraju Liga Super
TERENGGANU berpesta gol di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi untuk mengambil alih kedudukan tangga teratas Liga Super selepas membelasah pasukan tetangga, Pahang 5-0 malam tadi tatkala Kelantan dikejutkan T-Team. Turun dengan matlamat mengatasi kelebihan jaringan pendahulu sebelumnya Kelantan, Terengganu membuka jaringan pada minit ke-14 menerusi Ashaari Samsuddin sebelum Abd hadi Yahya mencatat hatrik pada minit ke-20, 53, 56 dan Manaf Mamat (m-71) melengkapkan kemenangan barisan Irfan Bakti Abu Salim.
Kelantan tumpas 2-1 kepada T-Team menerusi Indra Putra Mahayuddin pada masa kecederaan.
Selangor terus dirundung malang apabila penyerang Harimau Muda A, Izzaq Faris Ramlan menanduk masuk gol pertama untuk meletak skuad Ong Kim Swee pada minit ke-42 sebelum Syahrul Azwari Ibrahim menambah jaringan pada minit k-62.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment