Sunday, 28 August 2011

Akmal Rizal Bersama Kelab RC Strasbourg 2000

Barisan bediri: Akmal Rizal no5 dari kiri

Akmal Rizal sewaktu beraksi di liga France bersama kelab RC Strasbourg 2000, beliau juga pernah bersama Paris Saint-Germain F.C (1998), RC Strasbourg (1999-2000), FCSR Haguenau (loan) 2000-2002, FC Etzella Ettelbruck (2002-2006) kelab dari Luxembourg dan Videoton FC (loan) 2009-2010 kelab dari Hungary. Masaalah kewangan & cukai yang tinggi beliau terpaksa melupakan kerjaya sebagai pemain bola sepak di Eropah

Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas


Tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.













Wednesday, 10 August 2011

Safee Sali Dirisik Kelab Bundesliga Jerman

Safee Sali diberitakan telah pun dirisik dari kelab Bundesliga Jerman, pengakuan beliau pada wartawan Nadi Arena bahawa beliau menerima perkhabaran itu dari kelab disana dan ia nya masih diperingkat awal lagi. Diberita kelab tersebut Fc Koln , salah seorang pemain kelab tersbut, tentunya Lukas Podolski namun berita ini masih belum dapat dipastikan dengan jelas.


Jika benar seperti diberitakan, Safee Sali perlu mengambil peluang ini mengembangkan bakatnya. Dan bukan itu saja malahan ia nya akan menjadi pintu dan membuka peluang kepada pemain-pemain yang lain untuk mengikuti langkah beliau. Harus diingat Lim Teong Kim pernah beraksi bersama kelab Hertha Berlin SC pada Tahun 1987, dan begitu juga Mohd Fadzli Shaari & Juzaili Sameon pernah bersama kelab SV Wehen Wiesbaden Div 3 Jerman tahun 2001Akmal Rizal Ahmad Rakhli pernah beraksi di liga Amatur 2 Perancis, pada tahun 1999-2000 RC Strasbourg & 2000-2002 FCSR Haguenau.

Wednesday, 3 August 2011

Perlawanan Persahabatan


Oman dan Indonesia ingin mengadakan perlawanan persahabatan bersama skuad Harimau Malaya sebagai persediaan pada pusingan ketiga Pra Piala Dunia.


Perhargaan yang diberi pada skuad Harimau Malaya, persediaan skuad Oman dan juga Indonesia sebagai langkah terbaik buat skuad Harimau Malaya untuk menguji 7 muka baru yang dipanggil Rajagobal kali ini iaitu Norhafiz Zamani Misbah, Khyril Muhymeen Zambri, Joseph Kalang Tie, Faizal Muhamad, Shahrom Kalam serta dua penjaga gol, Farizal Marlias dan Norazlan Razali.


Namun skuad Harimau Malaya menjanjikan persembahan yang terbaik dalam perlawanan persahabatan ini, Oman yang berada dalam kumpulan D Bersama-sama Australia, Saudi Arabia & Thailand. Manakala Indonesia pula dalam Kumpulan E, iaitu Iran, Qatar & Bahrain.


Perlawanan persahabatan pertama menetang Oman pada 10 Ogos 2011, sementara itu perlawanan persahabatan menetang Indonesia belum di tentukan tarikh lagi kemungkinan pada 15 0gos ataupun pada bulan September, apapun masih menunggu dari pihak persatuan bola sepak Indonesia.

Monday, 1 August 2011

Ramadhan Di Kota Jakarta


Penyerang berbisa Harimau Malaya & Pelita Jaya Safee Sali menyambut ramadhan di kota Jakarta, beliau kini kembali ke Jakarta memulakan latihan bersama kelab Pelita Jaya.


Setelah rehat musim pertama liga ISL kini musim kedua bersama Pelita Jaya, beliau meneruskan kerjaya bersama kelab tersebut. Hidup di rantauan terpaksa di hadapi sebagai seorang pemain bola sepak walaupun dimana berada. Musim baru bakal menjelma beliau mengharapkan dapat memperbaiki kedudukan Pelita Jaya dalam liga ISL dan menjadi sebagai yang paling disegani dalam liga tersebut. Semoga impian Safee Sali akan terlaksana di bulan Ramadhan ini

Mengganas Di Slovakia


30/07.2011, Kemenangan kedua Harimau Muda Malaya pada siri aksi persahabatan di Slovakia setelah menewaskan kelab Liga 2 Slovakia, Topvar Topolcany 2-1 di tempat lawan. Setelah menang 1-0 ke atas kelab Liga 1 Slovakia, Bodva Moldava hasil jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor pada aksi sulung Selasa lalu, jurulatih Ong Kim Swee hanya menurunkan barisan simpanan pada aksi kedua itu.


Lima pemain yang beraksi pada Selasa lalu iaitu Izham Tarmizi Roslan, Irfan Fazail, Syazwan Tajuddin, Syahrul Azwari Ibrahim dan Wan Zack Haikal direhatkan. Ong Kim Swee menurunkan K. Sasikumar, Affize Faisal Mamat, Amer Saidin, Azrul Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Faizal Abu Bakar, Nazmi Faiz Mansor, Azrif Nasrulhaq Badrul, Izuan Solahuddin, Ferris Danial Mat Nasir dan Ahmad Hazwan Bakri. Enam pertukaran dibuat sepanjang babak kedua iaitu memasukkan Gary Steven Robbat, Shukor Jusoh, Fandi Othman, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu dan Zubir Azmi.


Pada perlawanan kedua ini, para pemain secara keseluruhannya telah menunjukkan kebangkitan serta keinginan untuk menyamakan kedudukan serta mendapatkan gol kemenangan dan ia harus dipuji, Hazwan telah menunjukkan kematangan serta mencuba beberapa kali ke arah penjaga gol lawan tetapi yang lain memerlukan sedikit lagi masa untuk menyesuaikan corak permainan.


Perlawanan ketiga bakal berlangsung 2 Ogos 2011 dengan satu lagi kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas.

Wednesday, 27 July 2011

"Bakal Bergegar"


Tanggal 28hb July 2011, Stadium Bukit Jalil akan menjadi saksi apabila pertembungan di antara dua jiran iaitu Malaysia atau dikenali Harimau Malaya akan berdepan Singapura dalam pusingan kedua Pra Piala Dunia 2014.

Setelah hampir setahun kini stadium Bukit Jalil bakal bergegar kembali oleh ribuan rakyat Malaysia yang ingin melihat pasukan kesayangan mereka bakal melangkah ke pusingan seterusnya. Lautan kuning hitam bakal mencetuskan gelombang serta dentuman padu suara yang akan mengegarkan stadium Bukit Jalil stadium keramat Sang Harimau Malaya


Gambaran ini adalah hari pertama 26hb July 2011 penjualan tiket, sudah cukup membuktikan betapa pekanya penyokong setia Harimau Malaya terhadap perlawanan penting sebegini. Sorakan padu penyokong bisa melumpuhkan metaliti pihak lawan ayuh gegarkanlah dengan aura kuning hitam serta biru bersama jua bendera kemegahan lambang negara yang tercinta Tanah Tumpahnya Darahku Malaysia

Friday, 22 July 2011

Chelsea Hampir Di Malukan Pilihan Malaysia


Chelsea hampir di malukan skuad Pilihan Malaysia apabila status gah mereka selaku naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu sekadar menyaksikan mereka menang 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Skuad Blues hanya menang hasil jaringan kontroversi Didier Drogba, apabila penjaga garisan, M. Sivanesan membenarkan jaringan hasil sepakan percuma penyerang sensasi Chelsea itu pada minit 78'.




Bola sepakan Drogba yang dilakukan dari jarak 20 meter, jelas belum melepasi garisan gol selepas terkena palang dan melantun semula kembali ke arah penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi namun Sivanesan mengangkat bendera bagi mengesahkan jaringan tersebut. Tidak banyak harapan diberikan kepada skuad Pilihan Malaysia yang menggunakan 13 tonggak Harimau Muda di samping dibantu 9 pemain senior, namun persembahan mereka terbaik


Kim Swee berkata, percaturan menggandingkan pemain senior berhasil apabila dapat membimbing pemain muda dalam skuad Pilihan Malaysia sehingga mengikat kedudukan tanpa jaringan pada babak pertama. Malahan pada babak kedua, apabila menurunkan sebahagian besar pemain muda, permainan lebih tersusun malahan hampir menyamakan kedudukan namun peluang keemasan itu disia-siakan oleh A. Thamil Arasu pada minit 84'beliau gopoh apabila hanya berhadapan penjaga gol Chelsea, dan langsung tidak dicabar oleh pertahanan Chelsea, tetapi dia percubaannya jauh tersasar.


Ia merupakan satu persembahan terbaik daripada skuad bimbingan Ong Kim Swee sebagai persediaan ke Kelayakan Olimpik

Friday, 15 July 2011

"Mengaibkan Maruah"


Sesuatu yang memalukan fenomena zaman sekarang yang sanggup mengaibkan maruah pasukan negara sendiri apabila sanggup "BOO" pada pemain-pemain negara dianggap perbuatan kurang ajar. Dimanakah tatasusila yang selama ini dikenali BUDI BAHASA?

Jatuh bangun pasukan negara adalah kita sendiri apabila kita yang mengkianati pasukan kita, tak gunalah berpijak di bumi nyata! apa gunanya slogan "TANAH TUMPAHNYA DARAHKU" kalau tak memahami erti maksudnya, hanya sia-sia saja menjadi rakyat MALAYSIA! Kekuatan pasukan negara adalah sokongan padu dari semua rakyat MALAYSIA tanpa sokongan maka terkuburlah pasukan negara.

Bak perpatah lagenda MOKHTAR DAHARI "jikalau malu warna bendera lebih baik tukar negara", kalau tak memahami maksud yang tersurat lagi tersirat tak tahu lah apa yang nak dikatakan lagi. Wahai sahabat-sahabat semua pemain-pemain negara mermelukan sokongan kita, jadi bangkitlah dari mengelamun di buai mimpi cukuplah kita dijajah sekali janganlah minda kita dijajah buat selamanya. "Biar jersey emas kelab-kelab ternama, tetap aku bangga jersey kuning hitam serta biru putih dibadanku ini".

Tuesday, 12 July 2011

Menguji Kewibawaan



Pertembungan Harimau Malaya bersama 3 kelab gergasi EPL dalam jelajah Asia. Semoga pemain-pemain negara dapat mengambil kesempatan dan juga memperbaiki serta memberi saingan terhadap 3 kelab gergasi EPL ini.


Persahabatan ini juga sedikit sebanyak menguji kewibawaan sejauh mana persiapan pasukan Harimau Malaya, terhadap pusingan kedua pra Piala Dunia 2014. Kehadiran 3 kelab gergasi EPL ini iaitu Arsenal, Liverpool & Chelsea sempena jelajah Asia diharap skuad Harimau Malaya mengunakan sebaik mungkin peluang yang ada. Menang atau Kalah bukanlah ukuran yang penting saingan sengit dapat di tunjuk pada perlawanan persahabatan menentang 3 kelab gergasi EPL ini.

Friday, 8 July 2011

Undian Pusingan Ketiga Kelayakan Olimpik 2012 : "Kita Mampu Buat Kejutan" Kim Swee


Seperti dijangka, Malaysia akan berdepan gergasi-gergasi Asia dalam misi untuk layak ke Sukan Olimpik London tahun depan.  Undian yang dilangsungkan di Ibu Pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Bukit Jalil semalam, skuad Harimau Muda diletakkan dalam Kumpulan C bersama Jepun di samping Bahrain dan SyriaKetiga-tiga pencabar cukup hebat buat Malaysia selepas menempatkan diri dalam kelompok 12 pasukan terbaik untuk beraksi di pusingan terakhir kelayakan kali ini.




 Saya tak nak fikir mengenai pasukan lawan kerana tumpuan saya adalah untuk memantapkan dan memperbaiki prestasi pasukan negara. Kita kena realistik kerana saingan ini bukan mudah tapi dengan sokongan padu penyokong negara, kita mampu membuat kejutan. Saya tidak meletakkan apa-apa sasaran tapi kami akan cuba yang terbaik. Apa yang penting kita perlu mendapat tiga mata di tempat sendiri. Kalau kita berjaya melakukannya, kita pasti berpeluang, kata Ong Kim Swee.

Tuesday, 5 July 2011

"Bakal Menentang Harimau Malaya"

Barisan "SERBA BARU" Singapura: Lionel Lewis, Juma'at Jantan, Shi Jia Yi, Qiu Li, Hassan Sunny Shahdan Sulaiman, Shaiful Esah, Fazrul Nawaz, Ismail Yunos, Hariss Harun, Khairul Amri, Shahril Ishak, Mustafic Fahrudin, Daniel Bennett, Aleksandar Duric, Isa Halim, Delwinder Singh, Hamqaamal Shah, Ruzaini Zainal, Sufian Anwar, Andrew Tan, Afiq Yunos, Shukor Zailan, Raihan Rahman, Safuwan Baharudin, Fazli Ayob.

Singapura pasukan yang "SERBA  BARU" bakal menentang Harimau Malaya pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia.

Pada Januari 2011, pasukan bola sepak Singapura memutuskan untuk membubarkan dan merombak pasukan kebangsaan itu. Raddy Avramovic dilantik sebagai jurulatih Singapura untuk mengendalikan pasukan ini, untuk persediaan kelayakan Piala Dunia 2014. Pada bulan Mei beliau telah mengumumkan 33 senarai nama pemain untuk dibuat secara pemilihan di mana beliau telah membuat persahabatan menentang Maldives pada 7 Jun 2011, dimana pasukan Singapura telah menundukan Maldives 4-0.


 Wira baru Singapura Aleksandar Duric dan Qiu Li adalah pemain bakal menjadi tumpuan kerana kedua-duanya selaku penjaring dalam perlawanan menentang Maldives. Sebelum itu pasukan Singapura juga telah mengadakan persahabatan tertutup menentang kelab Liga S iaitu Etoile Fc dimana mereka telah menewaskan kelab tersebut 2-1. Kini mereka menanti perlawanan sebenar kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia, Pasukan Singapura akan menentang Harimau Malaya pada 23 July 2011 di gelangang sendiri Stadium Jalan Besar manakala pada 28 July 2011 mereka akan bertandang di Bukit Jalil sebagai perlawanan timbal balik.   

Monday, 4 July 2011

Tekanan Debaran & Saat Mencemaskan


Harimau Malaya terpaksa mengharungi tekanan debaran & saat mencemaskan sebelum layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2014 zon Asia, menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan walaupun tewas 3-2 kepada Taiwan di Stadium Perbandaran Taipei, keputusan sepenuhnya agregat 4-4.   


KETUA jurulatih Harimau Malaya yang jelas berang dengan barisan pemain negara berkata, walaupun skuad kebangsaan berjaya ke pusingan kedua, namun, beliau masih tetap tidak berpuas hati terhadap persembahan yang dipamerkan anak-anak buahnya. 


  “Memang kita layak ke pusingan kedua tetapi kita tidak bermain dengan corak sebenar sehingga tewas pada perlawanan timbal balik ini,”


"Dua kali kita mendahului pihak lawan, tetapi pemain kita mudah hilang tumpuan serta ketahanan mental serta fizikal yang cukup ketara jelas kelihatan."


“Selama menjadi jurulatih, ini kali pertama ada tiga penalti ke atas pasukan saya tetapi satu penalti untuk kita dinafikan. Saya tidak mahu salahkan sesiapa dan berjanji skuad negara akan bangkit pada pusingan kedua nanti.” kata Datuk K Rajagobal.


Harimau Malaya layak ke pusingan kedua dengan agregat 4-4 menang hasil peraturan gol tempat lawan (Taiwan), akan menentang Singapura dipusingan kedua kelayakan  Piala Dunia 2014 zon Asia pada 23 Julai di Singapura manakala perlawanan kedua timbal balik dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai ini.



Saturday, 2 July 2011

"Saya Kecewa"


“Saya kecewa". Itulah ungkapan yang diluahkan, Safee Sali selepas gagal beraksi cemerlang ketika Malaysia menewaskan Taiwan 2-1 pada perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 akibat kecederaan.  Tambah memeritkan baginya apabila terpaksa menerima hakikat kecederaan di belakang lututnya itu bakal menghalangnya diturunkan bagi perlawanan timbal balik di gelanggang lawan Ahad ini.


“Saya tidak boleh meneruskan permainan kerana sakit di bahagian belakang lutut ini. Ia kecederaan yang sama dialami ketika berlatih sebelum perlawanan ini". Tambahnya lagi “Saya memang kecewa dan tidak puas hati dengan persembahan sendiri tapi apa boleh buat, kecederaan ini membataskan pergerakan saya,” katanya.

Thursday, 30 June 2011

90'minit Pertama Menepati Ramalan


Permulaan baik dilakar skuad Harimau Malaya pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 apabila mencipta kemenangan 2-1 ke atas Taiwan semalam namun hakikat yang terpaksa ditelan, ranjau masih berliku menanti mereka kerana kedudukan itu belum selesa buat anak buah Datuk K Rajagobal.


Harimau Malaya tidak sepatutnya membenarkan Taiwan pulang dengan satu gol yang hanya meletakkan anak-anak buah Datuk K. Rajagobal tidak terlepas menghadapi situasi cemas, sekalipun menang di Bukit Jalil, semalam. Apa pun, dua gol hasil jaringan kapten, Safiq Rahim minit 28' dan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Razak minit 55' pada setiap babak permainan menepati sasaran awal jurulatih dan keputusan seri dalam perlawanan kedua nanti sudah memadai untuk mengharungi halangan berikut menentang pasukan tetangga, Singapura.


Kealpaan benteng pertahanan ketika selesa mendahului dua gol, memudahkan Taiwan mendapat satu gol hasil jaringan Chen Po-Liang minit 76' pastinya amat berharga mengambil kira gol di tempat lawan. Biarpun tidak berpuas hati dengan pemain pertahanannya yang dikatakan 'tidur' oleh Rajagobal sehingga pintu gawang mereka dibolosi, namun Rajagobal masih yakin skuad Harimau Malaya mampu melepasi halangan perlawanan kedua di Taiwan Ahad ini.

Monday, 27 June 2011

"Wan Kuzain Bintang Muda"


Wan Kuzain, bintang muda yang mempunyai bakat semulajadi ditambah dengan komitemen berterusan, mungkin juga corak latihan dan pengurusan yang betul dalam pembangunan bola sepak di peringkat bawahan di US sana, apa yang boleh dikatakan permainan Wak Kuzain Wan Kamal agak menakjubkan jika diukur usia mudanya ketika ini,


Persoalannya, adakah Wan Kuzain akan balik ke Malaysia suatu hari nanti? Kalau ikut peraturan FIFA memang ada kebenaran bagi Wan Kuzain bermain untuk pasukan Malaysia suatu hari nanti sebab keluarganya adalah warganegara Malaysia. Sama juga situasi yang dialami Syed Adney yang dilahirkan di Liverpool tetapi masih tetap mewakili pasukan Malaysia.


Bapanya sendiri bukannya orang lain dalam dunia bola sepak. Wan Kuzain adalah anak kepada ,Wan Kamal Wan Napi bekas pemain pasukan Harimau Malaysia di era tahun 80 an. Sekarang ini mereka berada di Carbondale, Illinois, USA.


Sekiranya bakat semula jadi yang ada pada bintang muda ini tidak di titik berat oleh pihak FAM, kemungkinan besar kita akan kehilangan seorang bintang berbakat serta kita akan melihat beliau akan beraksi bersama pasukan Amerika Syarikat.

Aura Kebangkitan


Aura kebangkitan yang disuntik dalam skuad kebangsaan berikutan kejayaan menamatkan kemarau kejuaraan bertahun-tahun lamanya di peringkat Asia Tenggara membuatkan penyerang berbisa, Safee Sali  yakin skuad kendalian Datuk K Rajagobal mempunyai ramuan terbaik untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2014.


Menurutnya, Malaysia, pasukan di ranking ke 143 dunia memiliki kemampuan untuk menundukkan dua lawan pusingan awal, Taiwan (160) dan Singapura (144) untuk memastikan tempat bersaing dalam peringkat kumpulan pusingan kelayakan itu.


 Secara realistik, saya yakin skuad kebangsaan boleh melepasi pusingan kedua dan bersaing dengan pasukan terbaik Asia. Mungkin selepas itu kita boleh buat kejutan kerana jika kita bermain dalam peringkat kumpulan, kita akan berusaha melakukan yang lebih baik.


Saya harap skuad kebangsaan boleh melangkah sejauh yang boleh pada pusingan kelayakan ini, katanya yang mencipta nama selaku penjaring terbanyak ketika membantu Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF Disember lalu buat kali pertama sejak 1996.

Sunday, 26 June 2011

"Dua Nama Satu Tujuan"


Datuk K.Rajagobal dan Ong Kim Swee, dua nama yang mempunyai misi masing-masing dengan satu tujuan mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia dipentas antrabangsa. Anak jati tempatan yang bertangunjawab merealisasikan transfomasi terhadap kejayaan bola sepak Malaysia.

Bermula dengan Datuk K.Rajagobal membawa pasukan kebangsaan Malaysia atau dikenali Harimau Malaya memenangi pingat emas dalam acara bola sepak sukan sea 2009 Laos, Vietnam setelah 20 tahun tidak memenangi dalam acara itu. Beliau juga melakukan satu lagi kejutan apabila membawa pasukan Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, buat pertama kali sejak diperkenalkan pada tahun 1996. dan kini beliau memikul tangunjawab membawa pasukan kebangsaan pada kelakyakan pra Piala Dunia 2014.

Ong Kim Swee, satu lagi nama yang diberi tangunjawab oleh FAM memikul tugas sebagai jurulatih pasukan muda kebangsaan U23 untuk menghadapi kelayakan sukan Olimpik 2012 London, England, serta sukan sea 2011 Palembang, Indonesia. Pada kelayakan sukan Olimpik 2012 beliau telah berjaya membawa pasukan Olimpik Malaysia ataupun Harimau Muda Malaya melepasi ke pusingan ketiga yang dimana akan dijalankan secara berkumpulan bersama gergasi Asia pada bulan september ini. Beliau juga akan membawa cabaran untuk mempertahankan pingat emas disukan sea 2011 Palembang, Indonesia.

Friday, 24 June 2011

"Melakar Kejayaan"


"Harimau Muda Malaya kini berada ditahap yang sebenarnya, era kegemilangan kini kembali transfomasi dalam kelas yang tersendiri. Walaupun di dalam situasi tekanan tetap berjuang tidak mengenali erti putus asa, sejarah kembali tercipta penantian hampir 31 tahun telah terbukti! Debaran kian memuncak seluruh rakyat Malaysia melihat ngaunman sang Harimau Muda Malaya


Mohd. Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor memastikan Malaysia mara ke saingan peringkat kumpulan bola sepak Kelayakan Olimpik 2012 selepas jaringan mereka menumpaskan Lebanon 2-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.


Kedua-dua gol yang hadir seawal minit ketujuh dan minit 40' itu turut membawa skuad Harimau Muda Malaya bimbingan Ong Kim Swee menang 2-1 secara agregat setelah terikat tanpa jaringan di Stadium Sports City, Beirut, Ahad lalu. Tuan rumah  menunjukkan sentuhan siapa sebenarnya yang lebih tepat dalam gerakan penyudahan apabila membuka tirai gol hasil rembatan kaki kanan Mohd. Irfan Fazail.


Minit ke-30 menyaksikan Wan Zack Haikal Wan Nor pula melepaskan peluang keemasan dengan rembatan yang tersasar daripada umpanan leret cantik Gurusamy Govandar Kandasamy yang mengatasi dua pemain pertahanan lawan. Stadium Nasional gamat sekali lagi dengan sorakan ceria penonton apabila Wan Zack Haikal yang mendapat satu lorongan bola cantik Gary Steven Robbat menolak masuk gol kedua Malaysia sekali gus menghampakan lagi penjaga gol lawan, Mohamad Dakramanji yang cuba meluru keluar.


Malang menimpa Malaysia yang terpaksa bermain dengan 10 orang sebaik sahaja permainan babak kedua mencecah lima minit apabila Gary Steven dikenakan kad kuning kedua oleh Maasaki kerana mengasari pemain Lebanon. Pasukan pelawat yang dibimbing Samir Saad bagaimanapun cuba menyaingi ketika tuan rumah pincang beraksi dengan 10 pemain, merapatkan kedudukan menerusi Chadi Atie pada minit 64'. Kedudukan Malaysia 2-1 Lebanon sehinggalah ke tamat permainan.






Tuesday, 21 June 2011

Penantian 90 "Minit"


Ong Kim Sweeakur apa dicapai pada 90 minit permainan di Beirut belum cukup sambil mentakrif baki 90 minit saingan dalam perlawanan kedua, pusingan kedua kelayakan Olimpik di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini akan menjadi lebih getir.


“Sasaran kita sudah tercapai. Tapi ingat kita perlu teruskan lagi usaha gigih di Kuala Lumpur nanti untuk memastikan kemenangan memihak kita di laman sendiri,” katanya yang sudah mula tampak yakin tiket ke pusingan ketiga seperti bakal dimiliki skuad Olimpik negara. Sementara itu, jurulatih Lubnan, Samir Saad tetap memuji daya juang tinggi ditonjolkan skuad pimpinan Kim Swee.


Malaysia mempamerkan sistem permainan baik dan disiplin tinggi dalam pertahanan. Ini menyukarkan kami mencipta peluang,” kata Samir.

Monday, 20 June 2011

Olimpik Harimau Malaya "Mengikat"



Olimpik  Malaysia berjaya mengikat Lubnan seri 0-0 tanpa jaringan dalam aksi pertemuan pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 di Beirut. Aksi kemas di bahagian pertahanan yang penuh displin, serangan pula menunjukkan sedikit ketumpulan apabila melepaskan beberapa peluang.


Bagaimanapun, skuad negara dipaksa lebih banyak berkampung di kawasan sendiri awal permainan di bawah terik matahari dan melakukan percubaan pertama pada minit 11' menerusi percubaan Wan Zack Haikal . Pada minit 21', Malaysia memperolehi peluang terbaik apabila hantaran lintang Fandi Othman tepat di kepala Izzaq Faris namun tandukannya tidak tepat. Bermain dengan berhati-hati di awal minit 45', anak-anak buah Ong Kim Swee berjaya menampilkan aksi berbeza sebaik tiupan wisel separuh masa kedua.


Pada minit 62', Wan Zack Haikal kemudian terus melancarkan serangan ke kubu lawan namun sepakannya tepat ke arah penjaga gol selepas menerima lorongan cantik daripada Gary Steven RobbatMalaysia hampir membawa bekalan dalam pertemuan kedua pada 23 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Namun aksi solo Syahrul Azwari berjaya dipatahkan pertahanan lawan yang pantas menguis keluar bola dalam kawalannya.





Sunday, 19 June 2011

"Harimau Malaya Mengaum"


Harimau Malaya "mengaum'"di Stadium Muhammad Ke-IV di Kota Bharu, apabila membaham Myanmar 2-0Gol Malaysia dijaringkan setiap separuh masa menerusi Mohd Amirulhadi Zainal pada minit 27' dan Baddrol Bakhtiar minit 54'.  Perlawanan dimulakan dengan keadaan padang yang becak sebelum perlawanan sehingga menjejaskan corak permainan kedua-dua pasukan. Pintu gol cemas seketika apabila kesilapan penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee tersilap mengagak hantaran lintang pada minit ke 9'. 

Abdul Hadi Yahaya yang turun sebagai penyerang utama bagaimanapun sukar mencari ruang untuk mengancam kubu lawan. Rakan gandingannya, Baddrol Bakhtiar lebih mencuri tumpuan dan sering dipertanggungjawab untuk memikul tugas mengambil sepakan percuma selepas lebih lima peluang terhidang di luar kotak penalti ekoran corak permainan agresif lawan. Pada minit 23', kegagalan Sharbinee membaca hantaran rendah dengan baik nyaris memakan diri dan mujur Helmi Remeli
menyelamatkan keadaan.

Amirulhadi akhirnya memecah kebuntuan selepas berada di kedudukan tepat menyambut kesilapan pemain pertahanan lawan yang cuba mengeluarkan bola dalam kotak penalti. Rentak anak-anak buah Datuk K. Rajagobal lebih meyakinkan dan mendominasi sebahagian besar separuh masa kedua. Sembilan minit permainan bersambung Baddrol melakukan penyudah menarik selepas tidak dikawal untuk pintu gol Myanmar dibolosi buat kali kedua. 

Bagaimanapun Baddrol terlepas dua peluang keemasan untuk melebarkan kedudukan apabila rembatannya minit 65' tepat ke arah penjaga gol lawan dan berselang seminit kemudian tolakannya tidak menepati sasaran. Namun, corak permainan masih tetap meyakinkan dengan kesebelasan pemain banyak menggunakan segenap inci padang untuk mencipta gerakan baik dari kawasan tengah mahupun pemain sayap. 



Gol Pertama : Mohd Amirulhadi Zainal

Gol Kedua : Baddrol Bakhtiar





Friday, 17 June 2011

"Hadi Sandaran Utama"


Penyerang yang semakin mencipta nama, Abdul Hadi Yahya menjadi sandaran utama Harimau Malaya jentera serangan apabila menentang Myanmar dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad lV, esok.

Hadi yang pernah menjaringkan gol pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong baru-baru ini yang berkesudahan Harimau Malaya seri 1-1 di Hong Kong. Jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal, meletakan Hadi sebagai sandaran utama kerana ekoran kecederaan penyerang seperti Norshahrul Idlan Talaha, Shahrizal Saad, Ahmad Fakri Saarani & S. Chanturu. Manakala Safee Sali yang sedang menghadapi sisa baki dalam Indonesia Super League bersama Pelita Jaya.

"Pergerakan Safee Terbatas"


Pelita Jaya kecundang di tangan Persipura sisa baki dalam Indonesia Super League, kekalahan 2-1 ditangan Persipura di Stadium Mandala Persipura Jayapura. Pertahanan Persipura tidak memberi ruang pada penyerang berbisa Pelita Jaya Safee Sali malahan pergerakan Safee terbatas, beliau di kawal ketat dua pertahanan Persipura agar gagal tembus gawang Peripura.

Persipura mendahului seawal minit hasil jaringan Zah Rahan umpanan dari Lukas Mandowen di dalam kotak penalti Pelita Jaya. Ketinggalan 1-0 Pelita Jaya membuat serangan balas yang di ketuai Safee Sali ke kubu Persipura berjaya di patahkan pertahanan Persipura.

Pada separuh masa kedua persipura melancarkan serangan bertubi-tubi ke gawang Pelita Jaya akhirnya berjaya menghasilkan gol kedua Persipura dari penjaring gol terbanyak ISL Boaz Salossa pada minit 79' hasil umpanan Zah Rahan, Boaz melepaskan rembatan kencang gagal dihalang Rahman penjaga gol Pelita Jaya.

Minit 91' tambahan masa kecederaan, akhir Pelita Jaya berjaya menghasil gol sagu hati dari Juan Ramirez.

Wednesday, 15 June 2011

"Saya Tak Panik" Ong Kim Swee


JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee kekalahan itu tidak boleh dijadikan ukuran kemampuan skuad muda negara kerana misi sebenar adalah berdepan Lubnan pada perlawanan pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Beirut Ahad ini.


Saya tak panik, kalau mahu nilai pemain biarlah berdasarkan keputusan dengan Lubnan dan bukannya mengambil kira keputusan dalam perlawanan persahabatan. Saya akan bertanggung jawab sepenuhnya apabila kita layak atau tidak selepas pertemuan dengan Lubnan. “Bagi peminat, kekalahan ini pastinya akan memberi gambaran buruk kepada mereka, tapi bagi saya, ini pengajaran cukup baik untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pemain,” kata Kim Swee.



Tahkta Liga Super Semakin Panas


Tiga pasukan teratas liga iaitu Kelantan, Selangor & Terengganu masih lagi berpeluang menentukan kejuaran Liga Super Malaysia. Saingan masih lagi terbuka apabila tiga pasukan teratas ini memenangi perlawanan masing-masing, hanya berbaki satu lagi perlawanan yang akan menentukan pasukan mana yang akan bergelar juara Liga Super Malaysia 2011.


Kelantan hanya memerlukan satu mata untuk ditabalkan juara buat kali pertama edisi Liga Super ini, manakala Selangor memerlukan kemenangan untuk mempertahankan kejuaran pada tahun lepas. Terengganu mengharapkan Kelantan & Selangor kalah pada perlawanan akhir masing-masing agar dapat mengintai peluang sebagai juara Liga Super 2011.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...